Latihan Word Search Klik Dengan Bijak dan Soduku

23 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2024 ( Jumaat ) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Word Search Klik Dengan Bijak dan Soduku. Latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 4.30 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 4 orang peserta iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Mereka masing-masing berumur 7 sehingga 10 tahun.

Pada permulaan sesi, kelas dimulakan dengan tayangan video Klik Dengan Bijak. Kemudian peserta perlu mencari perkataan tersembunyi mengenai Program Klik Dengan Bijak dan perlu menyiapkan tugasan yang diberi. Setelah selesai, adik-adik diberikan kertas Soduku dan perlu menyiapkan susunan nombor Soduku supaya ia tidak berulang. Disini adik-adik perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas